Monday, March 30, 2009

Dugaan kecil

Jumaat lepas aku terlibat dalam kemalangan. Kereta kami dilanggar oleh motorsikal dr arah belakang. Alhamdulillah, aku tak apa-apa cuma sedikit terkejut. Kesian pd penunggang motorsikal yg cedera di tapak tangan dan lutut. Alhamdulillah juga kerana dia tidak cedera teruk.
Kejadian berlaku sewaktu kami ingin pulang ke rumah. Singgah sebentar untuk mengambil tv yg baru dibeli aku. Di rumah sudah ada 2 tv. Satu di ruang tamu, dan satu di bilik kakak. Tapi aku masih perlu tv di bilik aku. Ya, kerana sunyi, aku memerlukan tv di dalam bilik sebagai peneman di waktu malam. Banyak benda sudah berubah. Aku tidak lagi boleh bergantung pd org lain dan perlu beri ruang pada diri sendiri dan org lain utk punya ruang sendiri.
Ku kira ini dugaan kecil setelah apa yg aku lalui beberapa bulan ini. Aku bersyukur kerana Allah masih sayangkan kami. Tidak berlaku byk mudharat. Hanya kerosakan material. Aku tahu Dia sayangkan aku dan kakak. Dan juga org2 yang terlibat. Sebagai peringatan kepada kami yg lalai. Untuk lebih beringat kepada-Nya. Tapi sebagai manusia, aku sedar aku masih lagi lalai.
Semoga Allah sentiasa melindungi kami dari segala malapetaka dan bahaya. Dan juga dari segala hasad dengki manusia, sihir, iblis, jin dan syaitan.
Kehidupan ini milik Allah. Daripada Dia kita dtg, dan kepada-Nya jua kita kembali. Semoga aku ditempatkan di dalam golongan org2 beriman dan sentiasa mendapat hidayah serta rahmat Allah. Aku tidak mahu mati di dalam kesesatan.

No comments: