Tuesday, June 8, 2010

manusia dan dugaan

Bila manusia di duga...selalunya kita sering merasakan kita tidak mampu bertahan..namun Allah Maha Mengetahui..Penyimpan segalanya yang tersurat dan tersirat....telah dinyatakan bahawa dugaan dariNya itu hanya akan diberikan pada hambaNya yang mampu menanganinya...walau sesukar mana pun dugaan yang dihadapi..insyaAllah, berkat kesabaran dan ketabahan, kita pasti akan mampu mengharunginya walaupun serasa seperti sudah tidak berdaya lagi..

Setelah melalui episod sedih dalam kehidupan..aku bangkit kembali...dengan harapan dan sinar baru...dengan impian dan cita-cita tinggi...menjadikan aku lebih bersemangat mahu mengharungi kehidupan ini kembali...dugaan itu hanya mahu menguji kekuatan jiwa dan iman hambaNya...menguji kesetiaan hambaNya....menduga keredhaan hambaNya...

SubhanaAllah....betapa setiap yang berlaku itu terselit hikmah yang tersembunyi...samada mampu kita tafsirkan atau tidak...mengambil setiap kejadian dengan hati dan fikiran yang terbuka...muhasabah setiap yang berlaku untuk tidak mengulangi kesilapan lama...membetulkan kesalahan yang zahir...memperbaharui diri seadanya...semoga kehidupan dapat diteruskan dengan lebih baik...

Benar hidup memang tak semuanya indah....tidak sentiasa bahagia...namun jika ketenangan jiwa itu bisa kita kekalkan sentiasa...pasti bahagia dan aman kehidupan....walau apapun dugaan yang melanda, kita bisa tenang dan waras dengan akal fikiran yang dikurniakan....wasatiah itu penting....istiqamah juga perlu...perlu diamalkan dan dicari lagi ruang untuk kita perbaiki diri...agar sentiasa dekat denganNya di kala susah dan senang...suka dan duka...menjadi manusia yang selalu jahil membuatkan kita selalu lalai sewaktu senang....hanya beringat pabila susah..aku tidak mahu menjadi manusia jahil dan kufur nikmatNya..semoga Allah sentiasa mengampunkan dosa-dosaku dan insan-insan disekelilingku....semoga kami sentiasa diberi hidayah dan sentiasa dirahmati...

Banyak iktibar dan kejadian yang boleh aku ambil dari episod sedih kehidupanku...kurasakan hati ini semakin tabah..diri semakin kuat dengan setiap dugaan...semakin dewasa....semakin tenang mengharungi segala cabaran mendatang....apa yang penting..tidak terlalu menuruti kata hati dan emosi....perlu di pohon bantuanNya...atau meminta bantuan dari sesiapa saja yang mampu...kita sebenarnya tidak bersendirian...cuma kita sahaja yang memilih untuk mengasing diri....berfikir sendirian seperti tahu segalanya...seperti tiada siapa yang mahu mendengar...Allah itu sentiasa ada untuk kita...sahabat yang baik sentiasa mahu membantu...orang yang disayangi akan setia menjadi tulang belakang kita...di saat-saat sukar sebegini...kadangkala diri mudah mendengar hasutan syaitan...memandu hati dan fikiran membuat keputusan atau tindakan yang tidak wajar....alhamdulillah aku bersyukur kerana tidak termakan pujukan itu....masih lagi waras dengan bantuan insan-insan yang aku percayai...masih lagi kuat...masih lagi tidak berputus asa dengan dugaan yang mendatang...aku tidak mahu menjadi insan yang lemah dan senang mengalah...itu bukan aku....dan aku takkan menjadi seperti itu!





No comments: