Tuesday, May 24, 2011

Jeritan batinku

Hati menangis siapa yang tahu...beban di dada dan kepala terlalu menyesakkan...
Jiwa yang kosong lagi tandus ini perlu diisi...
Adakah kerana pembawakan budak aku menjadi emosi sebegini?
Ya, mungkin...namun sejak semalam jiwa ku begitu kacau dan sunyi sekali...
Aku rindukan sang suami yang tidak pulang ke rumah...
Amat menyeksakan kerana perlu redha dalam ketentuanNya...
Hanya memerlukan teman di sisi...bukan untuk pengubat lara..cukup sekadar aku tahu dia ada di depan mata...menatap wajahnya cukup membuatkan hati ni gembira...
Waktuku semakin hampir...tatkala mahu menyambung sisa pengajian yang tertangguh...hati ini jadi sayu kerana masih menghampakan harapan kedua orang tuaku..
Sabarlah...insyaAllah akan ku genggam kejayaan itu nanti dan buat kalian bangga..
Cuma di kala ini aku sangat tidak berdaya...sangat lemah...longlai..
Seakan mahu lari...tapi ke mana?
Seakan mahu bersembunyi...tapi di mana?
Seakan mahu menangis...menjerit sepuasnya...tapi berbaloikah?
Batinku menjerit tapi tiada siapa mendengarnya.......

No comments: