Kedai kopi yang satu itu sering menjadi tumpuan aku. Bukan tak ada di tempat lain, namun di situ aku berasa semangat seperti berkobar-kobar sedikit untuk membuat kerja.
Sanggup datang dari jauh semata-mata ingin dekat dengannya.
Hanya dipisahkan sebatang jalan raya. Dua bangunan yang bertentangan.
Walaupun tidak bersua muka, sekurang-kurangnya aku berasa dekat dengannya.
Setiap kali dia harus tidur di katil hospital, setiap kali itu aku 'curi' bertandang ke daerahnya.
Serasa ingin dekat selalu di saat genting begini.
Kusut fikiran, hanya Tuhan yang tahu.
Betapa diri ini sangat memerlukan sokongan dan perhatian.
Hampir rebah tika ini...namun ku gagahi jua.
Semoga Allah permudahkan jalan yang ku tempuhi ini. Amin!
Hampir setiap hari mahu melarikan diri dari semua orang.
Mahu bertapa menyiapkan tugasan yang sering tertangguh.
Apa nak jadi diriku ini? Semangat hilang terbang entah ke mana.
Bukankah inspirasi di depan mata? Pembakar semangat kononnya.
Mm, pembakar jiwa mungkin lebih tepat?
Emosi sering menghasut yang bukan-bukan.
Gerun bila memikirkannya.
Teringat ajakan seorang rakan, 'lets aim for jannah!'
Jiwa yang tandus dan kosong ini perlu diisi dengan makanan rohani.
Aku masih mencari sinar yang samar-samar.
Semoga tangannya menggapai tanganku membawa aku ke sana. Bersama-sama. Seiringan.
Semoga Allah membuka hatinya untuk sama-sama mencari sinar itu.
No comments:
Post a Comment