Saturday, April 24, 2010

Aku yang tak memahami atau kau yang tidak mengerti

Kecewa dan hampa...itu yang aku rasakan...
Sedih..kerana terasa diri ini tidak penting bagi mu...
Ku hanya inginkan masa mu sedikit cuma... namun tiada yang diperuntukan untukku...dan kau mahu aku menunggumu sedikit hari lagi...sabarlah hati!
dalam seharian kau bersama keluarga mu...tiada sedikit pun jadualmu diperuntukkan untukku...
Seperti apa rasanya sekian lama menunggu untuk bersua...namun hampa yang diterima..
Buatmu...diri ini tidak mengerti....tidak memahami...
Setelah air mata ini mengalir...baru kau bertindak..
untuk apa? untuk membuat aku lebih merasa bersalah kerana 'mencuri' waktu berhargamu bersama keluarga?
Aku tahu niatmu untuk meluangkan sepenuh masa untuk mereka kerana selepas ini tidak akan berjumpa selama 2 minggu...tapi hanya 2 minggu..
untuk diriku yang berbulan-bulan ini? Tidakkah kau rasa begitu?
Mungkinkah kita akan bertemu lagi? Mungkinkah akan ada masa untuk bersama lagi? Tidakkah kau mahu meluangkan masamu untukku seperti tiada lagi esok untuk kita?
Mungkin aku yang tidak memahami...tidak mahu memahami...atau sememangnya tidak mahu lagi memahami..
atau kau yang tidak mengerti hati ini? perasaan aku yang sunyi? isterimu yang ketandusan kasih ini? maafkan aku sayang jika luahan ku mengguris rasa....
aku terlalu kecewa.....

Wednesday, April 21, 2010

Puisi untuk suamiku..

Suamiku...
Terima kasih untuk semalam...
Terima kasih kerana sudi mendengarkan luahan hati ini..
Terima kasih kerana sudi mendengar keluhan resah ini..
Terima kasih kerana sudi berkongsi rasa yang menyelubungi..

Maafkan aku andai terlanjur bicara..
Maafkan aku andai menyinggung rasa..
Aku hanya insan biasa...emosi kadangkala mengusik jiwa..

Saat ini aku begitu terkenangkan mu..
Apa khabarnya engkau di sana lewat malam begini?
Pasti engkau sangat sibuk melayan karenah pesakit-pesakitmu..
Memenuhi tuntutan kerjayamu..
Aku doakan semoga segala urusanmu berjalan lancar..
dan semoga Allah sentiasa melindungimu walau di mana saja engkau berada..

Semoga Allah memberiku kekuatan untuk aku habiskan sisa-sisa pengajianku di sini..
agar aku dapat pulang untuk bersamamu..
menemani mu dan melayani mu seadanya..
dan bersama-sama mu untuk berjuang demi kehidupan kita sekeluarga..
Sabarlah hati...InsyaAllah..hanya sedikit masa lagi..
Aku berjanji tidak akan mensia-siakan pengorbanan kita selama ini.

Tuesday, March 30, 2010

Rahsiaku hanya Tuhan yang tahu

Tinggal 3-4 bulan lagi aku akan meninggalkan tempat ini...dan untuk ke akhir hayatku di sini...aku masih jauh ketinggalan...bukan aku tidak takut, resah, gundah, risau dan sebagainya...tapi aku sendiri kurang mengetahui apa yang berlaku terhadap diri ku ini...
Oh Tuhan....aku perlukan kekuatan dariMU untuk ku tempuhi medan peperangan ini...andai ini kau takdirkan untukku...permudahkanlah Ya Allah...hanya Kau yang Maha mengetahui dan memahami segalanya...
Aku harus siapkan segalanya agar aku boleh pulang ke pangkuan keluarga...namun apa yang ku lalui aku sendiri sukar untuk berkongsi dengan sesiapa...
Mana pergi aku yang sangat kuat dan tabah...yang rajin dan bercita-cita tinggi...yang tepat dan cerewet dalam setiap hal yang aku lakukan...yang ada hanyalah aku yang mensia-siakan banyak waktu....renungan kosong...bertangguh dan sering bertangguh...tidak ambil pusing....tidak mengendahkan masa yang mengalir bagai air...
kadang-kadang otak fikiran terlalu buntu untuk menentukan mana yang benar mana yang salah...
Adakah Allah menduga ku lagi? Harapan ku entah ke mana...harapan orang-orang yang tersayang....
Seringkali bila aku alunkan ayat-ayat suci...hati ini bercelaru...resah....gelisah dalam ketenangan fikiran menyerap setiap bait yang indah....
kadang-kadang aku rasa hidup ini terlalu banyak kepura-puraan yang perlu dilakonkan...
aku masih mampu tersenyum dan tertawa di saat bertarung dengan emosi sendiri....
Aku masih mencari nur-NYA...aku masih mencari hidayah-NYA....semoga aku ditemukan dengan apa yang ku cari...aku tidak mahu tenggelam di dalam kekusutan ini Ya Allah...hanya kau yang maha Mengetahui Ya Rabbi!

Friday, February 19, 2010

Rela

Rela by Tila

Tak ubah berbunga lalang
Rendahnya pandanganmu
Padaku yang amat memerlukan

Kegersangan sekeping hati
Mengharapkan setitis embun
Agar basah rindu ini

Aku yang terbuang
Sejak mula lagi
Puas ku merintih
Puas ku berduka

Ku hanya mampu berserah
Berserta doa harapan
Ubahlah haluan hidup ini

Demi cinta yang menyala
Kurela menggenggam bara api
Demi kasih yang mengharum
Sungguh aku rela

Biarpun pada pandangan
Seperti bunga yang layu terbuang
Namun kau pasti tahu
Semua kerna
Aku masih lagi setia padamu
Biar ku menangis seumpama pengemis

Ku hanya mampu berserah
Berserta doa harapan
Ubahlah haluan hidupku ini

Untuk kesekian kalinya...

Sukarnya untuk redha dan sabar...
sukarnya untuk memujuk hati yang gundah...
kala diri perlukan teman, adakah yang mahu menemani?
kala diri sangat tertekan, adakah yang mahu menghulurkan bantuan?
hati sering merasa kecewa...jiwa sering merana...
aku mahu hidup dalam aman...jiwa yang damai dan bahagia...
tapi kebahagiaan yang diimpikan seringkali jauh dari angan...
ada atau tiada diriku ini mungkin padamu biasa sahaja....
kerana seringkali aku yang perlu mengemis waktumu.......
memang tiada ruangkah diriku dihatimu seperti dahulu?

Saturday, February 13, 2010

I Love You All The Way By Janie Frickie

I miss you so much dear...very much...
I will always love you...loved you all the way..

Thursday, February 4, 2010

Luahan hati seorang isteri

Kadang-kadang hati sepi. Rasa kosong. Tak tau apa sebenarnya yang didambakan. Kasih sayang kah? Perhatian kah? Mencari jawapan sendiri pasti sukar ditemui noktahnya. Aku sedar sebagai manusia, diri ini jauh dari sempurna. Sempurna sebagai seorang hamba kepadaNya, sempurna sebagai seorang Islam, sempurna sebagai seorang isteri...walaupun diri ini sentiasa mahu jadi perfectionist.

Aku tahu aku perlu kutip semula kekuatan diri. Perlu mencari semula nur dan hidayahNya. Perlu menagih segala kasihNya kembali. Perlu mencari kemanisan iman yang semakin pudar ditelan waktu. Aku sebenarnya mengharapkan bimbingan. Lebih-lebih lagi dari sang suami. Namun aku sedar, semua itu juga perlu kucari sendiri tanpa mengharap pada yang lain. Perlu kasih dan cintakan Allah yang satu, selepas itu barulah diberikan sedikit pada yang lain. Kerana kasih Allah tidak pernah menghampakan. Tetapi sebagai manusia yang daif, kita selalu mengasihi manusia berlebih-lebihan sehingga kadang-kadang menyakiti hati sendiri.

4 tahun lamanya kami berumahtangga. 6 tahun lamanya bercinta. 10 tahun berkongsi rasa. Berumah mungkin, tapi tidak bertangga. Goyah sedikit. Kerana keterbatasan waktu bersama. Kerana terpisah beribu batu. Tangga untuk rumah kami masih dibina. Dan aku harap ianya akan teguh seiring usia. Belum dapat kurasakan sebenar2nya alam berumahtangga sementelah diri ini sentiasa beranggapan belum masanya kerana kehidupan kami berbeza. Bila masanya? Pasti jawapannya setelah semua selesai kelak. Dan waktu itu tanggungjawap akan digalas sepenuhnya.

Sebagai isteri, sebaik mungkin aku cuba melaksanakan tanggungjawapku selagi ku punya ruang dan waktu. Perasaan bersalah sering menyelubungi diri kerana terpaksa melepaskan tanggungjawap yang unggul itu. Seboleh-bolehnya aku ingin menjadi isteri mithali. Patuh pada suami, taat dan setia disampingnya. Yang menyejukkan mata dan menenangkan hati dan fikiran. Mudah untuk mendapat pahala dari sang suami. Tak usah pergi jauh, cukup dengan segelas air sejuk atau urutan lembut jika suami pulang dari penat bekerja. Atau sambut suami dengan senyuman manis dan suara yang penuh kelembutan. Walaupun sebagai isteri yang selalu ditinggalkan dek kesibukan pekerjaan suami sebagai doktor, aku tetap senyum menghantar dan menyambutnya pulang setiap hari. Walaupun diri ini terlalu rindu untuk berbicara dan bermesra dengannya. Walaupun kutahu cutiku hanya sekejap cuma. Aku tidak punya byk masa. Namun rajukan hati disimpan rapi. Kecewa diri kudiamkan sepi.

Wanita perlukan belaian kasih sayang. Wanita perlu merasakan dirinya disayangi. Tapi lelaki sering tidak tahu betapa pentingnya semua itu untuk survival hati sang isteri. Biarpun si isteri tahu sang suami sangat mencintai dirinya, tetapi kasih sayang itu sering mahu ditunjukkan dengan perbuatan dan kata-kata. Kucupan, belaian mesra, gurauan, semua itu mampu membuat hati isteri cair sentiasa. Walaupun sekadar satu pelukan ringkas, ia tetap akan menjadi kenangan manis buat sang isteri sepanjang hari. Yang akan membuatnya terus gembira melewati kesibukan harinya.

Menjadi wanita membuatkan aku kagum dengan diri sendiri. Wanita sebenarnya tabah dan punya hati yang kental. Walau apa pun yang datang melanda, jika namanya isteri, pasti akan digagahi juga untuk suami tercinta. Biarpun pahit terpaksa ditelan. Semuanya kerana mahu mencari redha sang suami. Pahala senang, dosa pun senang. Laluan ke syurga juga senang bagi isteri mithali. Yang menjaga agamanya, nama baiknya dan juga kebajikan suaminya. Kuharapkan, aku dapat menjadi isteri itu. Namun kutahu laluan sangat berliku. Semoga Allah dapat membantuku mencari jalan ke syurgaNya.